Sunday, December 20, 2009

KERANA UDANG GERAGAU UMAT ISLAM TERUS DIRUNDUNG MALANG

Ini adalah realiti yang menyedihkan...
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
Baca seterusnya DI SINI

Saturday, December 19, 2009

PELABURAN DALAM PERNIAGAAN RADIK FRIED CHICKEN





Radik Fried Chicken (RFC) - suatu perniagaan makanan ayam segeraorganik yang diusahakan oleh Herba Al-Wahida Industries (HPA) telah beroperasi beberapa tahun dengan memberangsangkan khususnya di Sungai Petani Kedah Darul Aman. Mengikut rancangan perniagaan pihak HPA Farm di dalam lawatan wakil Koperasi Muslimin bulan Ramadhan 1430, beberapa outlet baru sedang dalam perancangan. Secara dasarnya Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam usaha mengembangkan perniagaan makanan halal bagi meemnuhi keeprluan ummah Islam di Malaysia. Beberapa projek yang sedang dikenalpasti ialah pelaburan pembukaan outlet RFC, Pembukaan Kilang Dedak Organik dan Pelaburan membina Pusat Penyembelihan. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan fardhu kifayah oleh pihak Koperasi Muslimin, HPA dan institusi-institusi Islam yang lain demi kemakmuran ummah Islamiah.

Monday, December 7, 2009

Konsep usaha menurut pandangan Islam

ISLAM mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk menjadikan mata pencarian sumber rezekinya dan menghasilkan pendapatan itu bagi menyara hidupnya.

Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini.
FirmanNya yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan..." (Al-A'raf:10).

Dan firmanNya lagi yang bermaksud:"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan kepadaNya jualah dibangkitkan hidup semula." (Al-Mulk:15).

Islam memerintahkan umatnya mencari rezeki yang halal kerana pekerjaan itu adalah bagi memelihara maruah dan kehormatan manusia.
Firman Allah SWT, maksudnya:"Wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..." (Al-Baqarah:168).

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam."

Oleh yang demikian Islam mencela kerja meminta-minta atau mengharapkan pertolongan orang lain kerana ianya boleh merendahkan harga diri atau maruah.
Baca seterusnya di SINI