Saturday, June 23, 2012

Nadwah Tarbiyah Di Mesyuarat Agung Perwakilan KMMB 2012


Hari ketiga bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan 2012Koperasi Muslimin Malaysia Berhad, di adakan Nadwah Tarbiyah. Ust Abdul Rahman Hassan (Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi) membentangkan kertas kerja bertajuk "Membina Kekuatan KMMB Berasaskan Prinsip Islam". Ini adalah sebahagian dari pengisian tarbiyah yang mengajak para perwakilan untuk menjadikan usaha KMMB sebagai usaha Dakwah Islamiah. Pengerusi juga mengajak agar para perwakilan meningkatkan kefahaman Islam sebagai asas amalan di dalam koperasi dan seterusnya menjadikan jalan dakwah dan tarbiyah sebagai asas kekuatan organisasi. Ustaz Abdul Rahman menghuraikan tajuk-tajuk;
a. Matlamat Dakwah & Tarbiyah,
b. Tugas Dakwah dan Tarbiyah,
c. Jalan Dakwah dan Tarbiyah,
d. Peralatan Dakwah,
e. Keperluan Asas untuk Membentuk petugas Dakwah,
f. Peringkat Dakwah dan Tarbiyah,
g. Sifat-sifat Pendakwah,
h. Sifat-sifat Mujahid,
i. Liku-liku di jalan Dakwah yang perlu diawasi,
j. Faktor yang menjurus kearah kegelinciran,

Alhamdulillah suatu pengisian yang dapat dijadikan panduan dan pelan tindakan oleh para perwakilan apabila balik ke negeri-negeri dan daerah-daerah masing-masing.

Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Muslimin 2012 : Perbincangan Hangat tetapi Bernas

Selama dua hari setengah iaitu 22 - 24 Jun 2012, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) mengadakan perhimpunan tahunan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunannya. Sejumlah 14 kawasan  (negeri) Koperasi Muslimin menghantar perwakilan-perwakilan seramai 7 orang setiap negeri. Mereka dipilih di dalam mesyuarat-mesyuarat agung kawasang yang berlangsung pada bulan March-Mei yang lalu.
Ust Nurazmallail mempengerusikan mesyuarat agung perwakilan, di sebelah kiri beliau Pengerusi dan S/U ALK

Ust. A Rahman Hassan, Pengerusi ALK memberikan amanat di dalam mesyuarat agung perwakilan
Barisan Anggota Lembaga Koperasi di Mesyaurat Agung Perwakilan

Suasana di dewan Mesyuarat Agung Perwakilan 

Interaksi yang positif dan bernas di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan KMMB

Para perwakilan khusyu' mendengar amanat Pengerusi ALK

S/U KMMB Johor, ust Suhaimi berbincang sesuatu dengan perwakilan Johor

Pengerusi ALK menjawab persoalan-persoalan yang diketengahkan oleh para perwakilan

Cikgu Sarifuddin (perwakilan Kelantan) dan En Shafie (perwakilan Johor)

Ust Nurazmallail mempengerusikan mesyuarat agung perwakilan

En Badrulhisham, perwakilan Pahang

7 orang perwakilan dari Johor







15 agenda telah disenaraikan dan pelbagai pembentangan berkaitan perjalanan KMMB selama setahun telah berjaya dijalankan dengan dipengerusikan oleh Ust Nurazmallail Marni yang dipilih secara sebulat suara dipermulaan mesyuarat. Ust Nurazmalail adalah pengerusi koperasi Muslimin perhubungan negeri Johor.

Pada akhir hari kedua mesyuarat perwakilan, empat orang perwakilan telah terpilih menjadi anggota lembaga setepah empat anggota lembaga tamat tempuh dan Ustaz Azmallail telah terpilih sebagai anggota lembaga yang baru selain pemilihan semula tiga anggota lembaga yang sedia ada iaitu tn Hj Jaafat Jusuh, PM Zakaria Man dan Ust. Basri Abdul Ghani.

Dipenghujung mesyuarat pada hari ke dua, para wakil-wakil negeri/kawasan keseluruhannya memuji perjalanan koperasi dan kejayaan perjalanan mesyuarat agung perwakilan. Perbincangan yang bernas dan penjelasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan para perwakilan telah juga dapat dijelaskan oleh ahli-ahli lembaga khususnya oleh Pengerusinya iaitu Ust Abdul Rahman Hassan, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan bendahari.

Pada Jumaat malam, mesyuarat perundingan yang dipengerusikan oleh Yg Bhg Ustaz Dato' Sheikh Abdul Halim bin Abdul kadir iaitu Pengerusi lajnah Syariah KMMB bagi menapis beberapa agenda termasuk usul-usul dari negeri-negeri yang diketengahkan semasa msayuarat agung kawasan.

Koperasi Muslimin adalah sebuah koperasi berasaskan muamalat yang telah ditubuhkan lebih 30 tahun lalu dan kini memiliki RM26.66juta modal saham dengan keanggotaan seramai 36,417 dari pelbagai lapisan di seluruh Malaysia. Jumlah aset KMMB ketika ini ialah RM37.22juta. 

Dividen dicadangkan pada 2011ialah 4.2% berdasarkan purata modal saham berbandaing 4.03% pada tahun 2010

Maklumat lanjut KMMB boleh diperolehi melalui laman www.koperasimuslimin.com.my.

Aqsa Syarif turut membuka gerai dan jualan untuk tabung palesin

Tazkirah subuh oleh Ust Abdul Ghani Shamsudin

Bacaan Mat'surat 'kubro' beramai-ramai - pengisian rohani

Bacaan Mat'surat 'kubro' beramai-ramai - pengisian rohani