Friday, February 24, 2012

Komus-J Walit : Projek Koperasi Muslimin Johor



Mesyuarat AJK Koperasi Muslimin Perhubungan Negeri Johor yang turut membincangkan Projek Perusahaan Sarang Burung Walit.

AJK Komus Perhubungan Negeri Ketika Mengadakan Lawatan Tapak ketika di awal projek pada Julai 2011

Kakitangan pengurusan Koperasi turut datang membuat lawatan ke tapak projek

Persiapan awal sebelum pembinaan bangunan rumah burug walit dimulakan



Alhamdulillah, dengan diketuai oleh Ust. Nurazmalail, kini Koperasi Muslimin Perhubungan Johor telah berjaya mengembling tenaga mengusahakan ternakan burung walit bagi menghasilkan sarang burung walit yang bernilai komersial. Bangunan bernilai RM100,000.00 adalah pengemblingan ahli-ahli di Johor dengan sokongan ALK Koperasi Muslimin.

Projek tersebut terletak dikawasan pinggir tapak Sek Men Agama Al-Masriyah Simpang Renggam, Keluang Johor.

Para pelabur-pelabur yang terdiri dari 9 orang anggota Koperasi telah mengumpulkan dana mencapai RM77,000.00 dengan kaedah mudharabah dengan pihak Koperasi Muslimin yang menyumbang sejumlah RM23,000.00.

Apabila hasil dituai dari perusahaan ini yang akan diurus oleh Komus J-Walit dengan tenaga pengusaha dikalangan staf dan murid-murid sekolah berkenaan, pihak sekolah akan mendapat pembahagian keuntungan dalam peratus tertentu yang dipersetujui bersama.

Mudah-mudahan, projek ini akan berjaya dan ianya juga akan memberi manfaat kepada semua pihak samaada pihak pelabur-pelabur mahupun pihak sekolah.

Feb. 2012: Pengerusi dan JKuasa Koperasi Negeri Johor melawat ke tapak projek yang hampir siap dibina.


Ustaz Abu Khairon (AJK Koperasi) menunjukkan bagaimana burug walit akan bergantung membuat sarang di dalam bangunan yang dibina.

1 comment:

  1. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete